GIBS Ecotourism Resort

Menikmati alam semulajadi untuk Sihat ‘Bersama Alam Semulajadi’ (Healthy With Nature) bersama keluarga

Pengenalan

GIBS Ecotourism Resort mula dibangunkan pada tahun 2016 di kawasan seluas 35 ekar di Jalan Ulu Yam, Selangor. Resort ini adalah 100% milik penuh Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS). Lokasinya amat strategik dan hanya 8 kilometer daripada Bandaraya Kuala Lumpur. Resort ini berkonsepkan ‘Sihat Bersama Alam Semulajadi’ (Healthy With Nature) iaitu adanya riadah di dusun durian, rambutan dan buah-buahan eksotik yang lain, kehijauan hutan simpan, gunung ganang di sekelilingnya yang boleh dibimbing untuk diterokai dan riadah air di Sungai Batu, menuju ke Empangan Batu yang mengalir melalui resort ini.
Resort ini mengadakan pelbagai program dan aktiviti latihan, pembangunan insan, penginapan chalet, perkhemahan, riadah, rentas halangan (obstacle), hari keluarga dan aktiviti riadah sungai. 

Covid-19 

Pada masa Covid-19, program pembangunan dan pengukuhan kekeluargaan dan pasukan pasca Covid-19 (Post Covid-19 Team Building) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sesuai diadakan di resort ini.

Info Tambahan

Info lain berkaitan GIBS Ecotourism Resort ialah nombor syarikat: 1251937-T, nombor permit Majlis Perbandaran Selayang: 18/7AB/8/20, nombor lesen perniagaan Majlis Perbandaran Selayang: 2/6-426(S) dan nombor pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia: K10343352302114654.

Aset Bangunan Dimiliki GIBS